Tuesday, July 27, 2010

Melayu Oh.... Melayu

Ibnu Athir.seorang sarjana sejarah yang hidup pada zaman pemerintahan Khilafah Abbasiah telah menuliskan tentang satu kelompok bangsa yang berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.Ahli-ahli psikik dan pertubuhan kerohanian Eropah telah lama menuliskan satu bangsa misteri yang berasal dari Tamadun Lemuria dan Mu,yang tenggelam dan bahasa serta budayanya menyebar ke kawasan kepulauan di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Siapakah dia Bani Jawi?Pelbagai hipotesis tentang kehadiran kelompok Aryan-Kamboja,raja-raja India,orang Cina,pedagang dan pendakwah Arab,pengembara Parsi,imperial Eropah dan bermacam-macam lagi kaum dan bangsa yang dikatakan adalah percampuran yang menghasilkan apa yang digelar sebagai 'orang Melayu',namun mengapa segala bangsa ini menjadi MELAYU?

Siapakah induk di Nusantara yang MEMELAYUKAN mereka?

Mencari rahsia Kemelayuan ibarat bertarung dengan segala misteri dan rahsia yang telah bersebati dengan angin laut dan kabus pagi.Mencari rahsia Kemelayuan itu bagaikan mencari mutiara terpilih di dasar laut yang kelam di tengah malam di hari mendung pekat kegelapan.


Jika takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai...

1 comment: