Monday, December 21, 2009

mimpi...

Adakah anda pernah bermimpi?Sudah tentu, bukan?

Ok,adakah anda pernah mengalami suatu perasaan di mana apabila anda memandang wajah seseorang,anda seperti pernah melihat wajahnya.

"Macam pernah ku lihat,tetapi di mana ya?"

Dalam istilah saintifik,ini dipanggil deja vu.Kadang-kadang deja vu ini merangkumi tempat dan situasi sekali.Deja vu terbahagi kepada dua,pertama deja vu yang terhasil dari ketidakcekapan memori,kita memang pernah melihatnya cuma kita lupa dan juga termasuk kategori ini adalah deja vu mimpi,kita pernah melihat seseorang atau tempat yang sama seperti yang pernah kita mimpi.

Neo: Whoa, deja vu.

Kategori yang kedua adalah 'deja vu anomaly'.Deja vu ini adalah deja vu di mana kita memang pernah lihat seseorang tetapi bukan dalam mimpi dan bukan sepanjang kita kehidupan kita.Ia tiada di mana-mana dalam kehidupan kita,namun kita terasa pernah melihatnya

Friday, December 11, 2009

teka teki

teringat aku waktu perjalanan kami menuju ke kuala lumpur .... ada teman-teman yang bawakan walkie talkie dengan tujuan boleh bertanya khabar jika sesat... so untuk tidak memboringkan suasana aku mulakan dengan games teka teki sepanjang perjalanan.... banyak yang di persoalankan ade yang soalan aku dapat diteka dan ade jugak soalan dari teman-teman yang membuat aku terkesedu tak leh jawab..... dalam bertanyakan itu dan ini.... terbit dalam fikiran aku .... jika kita kehutan kita perlu membawa parang, tali serta sedikit makanan .... tapi jika kita kebandar lak apa keperluan yang perlu..... ??? lama jugak aku terkebil-kebil mikirkan apa yang perlu.... entah lah

Wednesday, December 2, 2009

TEMAN YANG HILANG

TEMAN YANG HILANG

Masih teringat aku satu ketika dulu bila aku mula-mula masuk jadi kakitangan kerajaan. Tak tahu apa-apa tentang kerajaan… tentang prosedur kerja malah etika kerja… Ada seorang kerani yang bernama Haji Mukthar terlalu baik dan faham jiwa aku. Dia lentur rohani aku menjadi manusia untuk mencapai insan… pelahan saja, lembut bila dia bertutur… nasihat diberi bukan cara pidato atau ceramah tapi…. Sembang-sembang bermaksud. Dia aku jadikan abang, sahabat malah guru dalam mengenali erti sebenar teman. Desakkan hidup telah memaksa teman aku untuk berhijrah ke tempat kerja baru nun jauh diatas bukit. Dia katakan “disana saya boleh dapat lebih sikit …. Ade overtime”… tapi malangnya tak sampai seminggu disana … dia dijemput tuhan..

Entahlah …. Disaat ini aku seperti terasa ingin bersembang panjang biarpun sampai tiada suara….. (Al-Fatihah buat teman ku Haji Mukthar …. Semuga rohmu ditempatkan disebaik-baik tempat).

Monday, November 30, 2009

Malam itu aku berdoa. Tika angin sarat membawa panas belerang. Warna-warna cerah fosforus bersinar terang berderang. Kamar kecil ku pula berbau jelaga dan dipenuhi asap senapang. Entah mengapa, malam ini rumah ku, rumah jiran ku begitu sunyi. Seakan nafsu serakah serigala telah dihumban kelembah neraka. Dipangkin tempat pangkuan aku menyusu anak ku, tamborinnya masih kemas. Semalam kami sekeluarga menyanyi merdu, mendendangkan lagu moyang, mengisahkan keperwiraan legenda bangsa. Seisi kampong turut serta… anak-anak kecil ketawa, gembira tanpa tahu apa-apa. Kisah nostalgia berlagu merdu barangkali dilihat sebagai imejan jerit manja, pekik duka suara batin, dasarnya dicanai dari penjuru segenap isi minda yang kadang-kadang dibalut sengsara, digesel tawa buana, pun tangis sendu, atau denai berliku rindu. Hasilnya mencernakan seribu warna, kilau-gemilau payau, kembang kiambang diambang atau memuja makna cinta, apa sahaja, dimana-mana, pada bila-bila. Ada nada sepi menyanyi rapi, ada keluh sabar mencabar, ada garau sayu mengetuk pilu, ada teriak rintih terlalu pedih, semuanya adalah bobot diminda, diluahkan dilemparkan dibalingkan kemana saja, sasarannya adalah kita, yang mendengar, yang melihat,

Akan terjagakah wahai umat islam jika Bush yang sengaja meletakkan kemusnahan New York dan Pantagon di kepala Osama yang terlalu rindukan lagu Taliban walaupun disyahdukan dengan peluru di Kabul, Herat, Kandahar dan Jalalabad bersama joget sumbang militan Amerika. Akan tersentakkah wahai umat islam jika bisikkan tentera iblis Bush ketelinga Saddam kononnya menolak keganasan mencari keadilan. Akan mengeluhkan wahai umat islam jika Powell yang mahu melihat anak-anak kecil yang tidak mengenal alif, bertanyakan kemana pergi ayah yang memikul senjata tidak pulang tanpa berita. Akan mengentap bibirkah wahai umat islam jika Blair tersenyum sumbing melihat percikkan darah merah, mencium hanyirnya dan mendengar tangisan bayi merata-rata. Akan terfikirkah kita wahai umat islam jika Yasser Arafat dihalang mayatnya dikebumikan dibumi keramat kerana menjaja kenegara kedua dan ketiga dalam memartabatkan kedaulatan sebuah negara.

Monday, November 9, 2009

PENTAS.

Penghasilan sebuah produksi, penerbit, pengarah dan pereka akan berbincang terhadap isi kandungan (skrip) terhadap lokasi serta tempat untuk dipersembahkan terlebih dahulu sebelum melakukan tahap-tahap berikutnya. Penekanan terhadap lokasi pentas perlu dititik beratkan bagi menjamin keselesaan ruang lakon dan bersesuaian dengan idea penulis. Lawatan tapak perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum perbincangan dengan pereka-pereka lain.

Fungsi Pentas.

  • Pentas merupakan medium drama yang mempunyai ruang lakon, elemen visual yang menekankan kepada latar hias, yang membentuk kepada keadaan dan gambaran tempat kejadian dan “selective” terhadap aksi-aksi dramatic terpilih yang akan menghasilkan cetusan emosi kepada khalayak/ audien.
  • Sebuah kawasan atau tempat yang meletakkan jarak diantara pelakon dan penonton bagi sesuatu acara persembahan baik secara lansung atau tidak lansung.
  • Mempunyai fasiliti secara asas iaitu lantai lakon, system pencahayaan pentas, system bunyi atau pembesar suara, system pengantungan tirai dan ruang audian/ penonton.
  • Ruang yang dapat menampung pelbagai bentuk persembahan seperti tarian, nyanyian, syarahan, debat dan acara persembahan lain.
  • Tempat pereka-pereka mempamerkan gabungan kerja-kerja artistik yang membolehkan ianya seakan “real”.

PENTAS PROSCENIUM

- Pentas ini biasanya mempunyai bingkai untuk mengawal ruang persembahan. Biasanya juga ianya mempunyai dua ruang bingkai pada pentas iaitu untuk pemuzik yang terletak di hadapan bawah pentas dan ruang lakonan yang terletak di atas pentas disamping mempunyai beberapa jenis tirai yang boleh diangkat dan di tari ke tepi.

- Kawasan atas pentas jenis ini mempunyai tirai-tirai yang boleh dinaikkan dan di turunkan, tirai-tirai ini dipanggil tabir (teaser) tabir ini selalunya di cat dengan gambar-gambar adegan tertentu yang bersesuaian denagn kehendak cerita.

- Pentas ini juga mempunyai sebing (tormentor) yang dibuat daripada kain atau kanvas sama ada kecil atau besar mengikut keperluan.

- Pentas ini juga dilengkapi dengan alang yang di gantung mengikut system ringing iaitu system tali-tali yang boleh ditegangkan atau dikendurkan mengikut latau atau tujuan yang mempunyai tali-temali yang dipanggil snatch line, tali panjang, tali pegantung dan tali perentang terhadap kain merentang putih dibahagian belakang yang dilengkungkan supaya menambah efek bagi lampu pentas yang dipanggil saiklorama.