Monday, November 9, 2009

PENTAS.

Penghasilan sebuah produksi, penerbit, pengarah dan pereka akan berbincang terhadap isi kandungan (skrip) terhadap lokasi serta tempat untuk dipersembahkan terlebih dahulu sebelum melakukan tahap-tahap berikutnya. Penekanan terhadap lokasi pentas perlu dititik beratkan bagi menjamin keselesaan ruang lakon dan bersesuaian dengan idea penulis. Lawatan tapak perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum perbincangan dengan pereka-pereka lain.

Fungsi Pentas.

  • Pentas merupakan medium drama yang mempunyai ruang lakon, elemen visual yang menekankan kepada latar hias, yang membentuk kepada keadaan dan gambaran tempat kejadian dan “selective” terhadap aksi-aksi dramatic terpilih yang akan menghasilkan cetusan emosi kepada khalayak/ audien.
  • Sebuah kawasan atau tempat yang meletakkan jarak diantara pelakon dan penonton bagi sesuatu acara persembahan baik secara lansung atau tidak lansung.
  • Mempunyai fasiliti secara asas iaitu lantai lakon, system pencahayaan pentas, system bunyi atau pembesar suara, system pengantungan tirai dan ruang audian/ penonton.
  • Ruang yang dapat menampung pelbagai bentuk persembahan seperti tarian, nyanyian, syarahan, debat dan acara persembahan lain.
  • Tempat pereka-pereka mempamerkan gabungan kerja-kerja artistik yang membolehkan ianya seakan “real”.

PENTAS PROSCENIUM

- Pentas ini biasanya mempunyai bingkai untuk mengawal ruang persembahan. Biasanya juga ianya mempunyai dua ruang bingkai pada pentas iaitu untuk pemuzik yang terletak di hadapan bawah pentas dan ruang lakonan yang terletak di atas pentas disamping mempunyai beberapa jenis tirai yang boleh diangkat dan di tari ke tepi.

- Kawasan atas pentas jenis ini mempunyai tirai-tirai yang boleh dinaikkan dan di turunkan, tirai-tirai ini dipanggil tabir (teaser) tabir ini selalunya di cat dengan gambar-gambar adegan tertentu yang bersesuaian denagn kehendak cerita.

- Pentas ini juga mempunyai sebing (tormentor) yang dibuat daripada kain atau kanvas sama ada kecil atau besar mengikut keperluan.

- Pentas ini juga dilengkapi dengan alang yang di gantung mengikut system ringing iaitu system tali-tali yang boleh ditegangkan atau dikendurkan mengikut latau atau tujuan yang mempunyai tali-temali yang dipanggil snatch line, tali panjang, tali pegantung dan tali perentang terhadap kain merentang putih dibahagian belakang yang dilengkungkan supaya menambah efek bagi lampu pentas yang dipanggil saiklorama.

No comments:

Post a Comment