Monday, November 30, 2009

Malam itu aku berdoa. Tika angin sarat membawa panas belerang. Warna-warna cerah fosforus bersinar terang berderang. Kamar kecil ku pula berbau jelaga dan dipenuhi asap senapang. Entah mengapa, malam ini rumah ku, rumah jiran ku begitu sunyi. Seakan nafsu serakah serigala telah dihumban kelembah neraka. Dipangkin tempat pangkuan aku menyusu anak ku, tamborinnya masih kemas. Semalam kami sekeluarga menyanyi merdu, mendendangkan lagu moyang, mengisahkan keperwiraan legenda bangsa. Seisi kampong turut serta… anak-anak kecil ketawa, gembira tanpa tahu apa-apa. Kisah nostalgia berlagu merdu barangkali dilihat sebagai imejan jerit manja, pekik duka suara batin, dasarnya dicanai dari penjuru segenap isi minda yang kadang-kadang dibalut sengsara, digesel tawa buana, pun tangis sendu, atau denai berliku rindu. Hasilnya mencernakan seribu warna, kilau-gemilau payau, kembang kiambang diambang atau memuja makna cinta, apa sahaja, dimana-mana, pada bila-bila. Ada nada sepi menyanyi rapi, ada keluh sabar mencabar, ada garau sayu mengetuk pilu, ada teriak rintih terlalu pedih, semuanya adalah bobot diminda, diluahkan dilemparkan dibalingkan kemana saja, sasarannya adalah kita, yang mendengar, yang melihat,

Akan terjagakah wahai umat islam jika Bush yang sengaja meletakkan kemusnahan New York dan Pantagon di kepala Osama yang terlalu rindukan lagu Taliban walaupun disyahdukan dengan peluru di Kabul, Herat, Kandahar dan Jalalabad bersama joget sumbang militan Amerika. Akan tersentakkah wahai umat islam jika bisikkan tentera iblis Bush ketelinga Saddam kononnya menolak keganasan mencari keadilan. Akan mengeluhkan wahai umat islam jika Powell yang mahu melihat anak-anak kecil yang tidak mengenal alif, bertanyakan kemana pergi ayah yang memikul senjata tidak pulang tanpa berita. Akan mengentap bibirkah wahai umat islam jika Blair tersenyum sumbing melihat percikkan darah merah, mencium hanyirnya dan mendengar tangisan bayi merata-rata. Akan terfikirkah kita wahai umat islam jika Yasser Arafat dihalang mayatnya dikebumikan dibumi keramat kerana menjaja kenegara kedua dan ketiga dalam memartabatkan kedaulatan sebuah negara.

No comments:

Post a Comment